Penerbitan Gamers Mangkuk

Gamers Mangkuk diterbitkan bersama oleh Astro Shaw dan Directors Think Tank dengan tajaan oleh Moonton Games.[8][9] Ia diarahkan oleh Hyrul Anuar yang memiliki pengalaman dalam pengarahan filem dan video, manakala skrip dan ceritanya ditulis oleh Sham Hashim, Bainun Waheeda dan Haris M. Nor. Dalam satu sidang media mengenai drama ini, Hyrul berkata Gamers Mangkuk memfokuskan generasi Z namun cuba meletakkan nilai hiburan yang dekat dengan penonton:[7][8]

"Saya juga cuba tampilkan penceritaan dalam konsep komik dan antara cabaran utama menghasilkan naskhah ini adalah sudut teknikal agar visual permainan video yang dipersembahkan tampak sebenar dan kemas. Harapan saya agar Gamers Mangkuk dapat diterima dan menghiburkan penonton Malaysia menerusi penceritaan yang disampaikan,".[7]

Ini merupakan drama Astro Originals kedua yang dibintangi oleh Amir Ahnaf selepas Projek: High Council.[7]

Rujukan

WikiPedia: Gamers Mangkuk https://www.myinfotaip.com/2023/05/gamers-mangkuk.... https://www.wajibtonton.com/2023/11/gamers-mangkuk... https://www.broframestone.com/2023/11/astro-origin... https://www.insidesport.in/astro-originals-introdu... https://www.farhanajafri.com/2023/11/astro-origina... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/gamers-m... https://sea.ign.com/entertainment/208982/news/expl... https://sg.news.yahoo.com/mobile-legends-dev-moont... https://www.hgunified.com/home/astro-originals-int...